Monthly Archives: October 2018

Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris

Panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris pada 19 Oktober 2018 bertempat di gelanggang serbaguna SJK Chung Hien. Peserta-peserta telah menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan cerita masing-masing. Teruskan usaha! Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah SJK Chung Hien 2018 telah diadakan pada 12 Oktober 2018. Para ibu bapa telah dijemput hadir bagi memeriahkan suasana di samping membantu guru dalam menjayakan semua acara yang terlibat. Terima kasih kepada semua hadirin yang hadir. Semuanya … Continue reading

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Sambutan Hari Kemerdekaan 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan di antaranya ialah pertandingan mewarna dan kuiz menjawab soalan secara spontan.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Hari Guru, Hari Warga Emas dan Ngiling Bidai 2018

Tanggal 29 Jun 2018 (Jumaat) merupakan hari yang bermakna di mana 3 sambutan iaitu Hari Guru, Hari Warga Emas dan Ngiling disambut pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti dan program yang menarik telah dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, tetamu, … Continue reading

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Hari Pelaporan Semester 1 2018

Hari Pelaporan Semester 1 2018 SJK Chung Hien telah diadakan pada 29 Jun 2018 bertempat di kelas Tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang prihatin dan mementingkan pelajaran anak-anak.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment