Sejarah Sekolah

Sebelum Penubuhan

Sebelum tahun 1953, kawasan Bayong merupakan kawasan yang terletak terpencil dan hanya dapat dihubungi melalui sungai pada masa air pasang sahaja.

Sekolah yang terdekat iaitu Sekolah Sze Lu Cawangan 2, yang terletak di kawasan Sg. Tupai di hilir dapat dihubungi dengan mengayuh perahu selama 1 ½ jam dan kemudiannya dengan berjalan kaki melalui hutan selama 1 jam. Oleh itu, tidak ramai murid dari kawasan Bayong pergi ke sekolah kerana masalah pengangkutan.

Semasa Penubuhan

Pada lewat tahun 1953, orang-orang tua di kawasan Sg. Bayong di bawah pimpinan mendiang Encik Ling Chuan Huat, mendiang Encik Chong Tian, mendiang Encik Yii Piau, mendiang Encik Yii Zhao Wend dan Encik Yii Yii Yun telah mencapai kata sepakat untuk mendirikan SRK Chung Hien di lokasi SRK Udin (sekarang).

Merupakan sebuah sekolah pondok. Tapak sekolah dan corak pembinaannya adalah ringkas dan sementara. Sehingga tahun 1965, seorang guru sahaja yang mengajar di sekolah ini pada setiap tahun dan mengajar  2 atau 3 buah kelas bercantum pada masa serentak.

Perpindahan Sekolah

Pada tahun 1965, sekolah ini dipindah ke tapak sekarang yang terletak 1.5 km dari tapak lamanya. Sebuah blok 3 buah bilik kelas didirikan di atas tiang-tiang belian dan sebuah rumah guru yang disediakan oleh Majlis Daerah Sarikei.

Pembinaan Blok Baru

Jalan raya sudah dibina ke kawasan sekolah ini pada tahun 1983. Pembinaan blok baru pada tahun 1992 kerana bangunan lama telah menjadi usang dan bahaya.

Pembinaan blok disempurnakan dengan bantuan kewangan Jabatan Pendidikan Sarikei, wakil-wakil rakyat, YB David Teng Lung Chi dan YB Datuk Law Hieng Ding serta bantuan tenaga ibu bapa, bekas murid-murid, guru-guru dan murid-murid.

 

senarai nama gb

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s