Bengkel Amalan Terbaik Bahasa Inggeris

Terima kasih kepada Encik Jackson Loh Ee Leong SISC+ Bahasa Inggeris, PPD Sarikei atas ceramah yang menarik pada 17 Julai 2017.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Linus Is Fun

Program Linus Is Fun telah diadakan  pada 15 Julai 2017 yang bertempat di SJK Su Kwong, Sarikei. SJK Su Kwong merupakan pengelola utama dan 4 buah sekolah pengelola bersama iaitu SJK Chung Hien, SJK Su Dok, SJK San Ming dan SK Sg. Paoh.

Program ini dirangka khas untuk membantu meningkatkan minat dan keyakinan murid Linus dalam pembelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sebanyak 10  jenis permainan atau stesen telah dirancang hasil perbincangan guru pemulihan daripada 5 buah sekolah yang dinyatakan di atas. Stesen pertama hingga sepuluh terdiri daripada Shooting Game, Little Frog, Pancing Ikan, Pasar Linus, Boling, Mana Kaki Saya? Dunia Misteri, BBQ, Aduh! Kunci dan Topi.

SJK Chung Hien telah menghantar 10 orang murid dan 5 orang guru pengiring untuk menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SJK Chung Hien, Encik Tiong Chai Yii atas sokongan yang berterusan ke atas program Linus Is Fun.        

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Sukan TARA

Sukan TARA diadakan untuk memilih bakat murid dalam acara tertentu supaya bakat murid dapat dicungkil ke tahap yang lebih tinggi.

SJK Chung Hien telah mengadakan Sukan TARA pada 14 Julai 2017 (Jumaat) yang melibatkan murid Pra Sekolah sehingga tahap 2. 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Kuiz Sains

Panitia Sains SJK Chung Hien telah mengadakan Kuiz Sains pada 7 Julai 2017 yang melibatkan murid dari Tahap 1 dan 2. Syabas diucapkan kepada Ketua Panita Sains sekolah iaitu Cikgu Ling Wei Kin.

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Bengkel Penulisan Bahasa Malaysia

Bengkel Penulisan Bahasa Malaysia telah dijalankan pada 4 Julai 2017. Pihak sekolah telah menjemput Cik Su Ling Chin, SISC+ Bahasa Malaysia dari PPD Sarikei bagi menjayakan bengkel ini. Murid tahap 2 telah dipilih untuk menyertai bengkel penulisan Bahasa Malaysia ini. Bengkel ini telah banyak membantu murid Tahap 2 lebih-lebih lagi murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cik Su Ling Chin atas sumbangan yang amat bermakna.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Kem Motivasi UPSR

Pada 16 Jun 2017, Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK Chung Hien telah menjemput Cikgu Wong Ling Hoe yang merupakan Kaunselor Berdaftar dan guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Sarikei Baru untuk memberikan ceramah bertajuk Motivasi UPSR. Murid-murid telah mendapat banyak input yang berguna dan mampu meningkatkan keyakinan murid untuk menghadapi UPSR yang bakal berlangsung pada bulan September ini.

  

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

Sambutan Hari Guru, Hari Jadi Murid, Warga Emas & Ngiling Bidai

Tanggal 23 Jun 2017 cukup bermakna bagi warga SJK Chung Hien kerana telah mengadakan sambutan 4 dalam 1 iaitu Sambutan Hari Guru, Hari Jadi Murid, Warga Emas dan Ngiling Bidai. Pelbagai acara menarik telah disusun bagi memeriahkan  sambutan pada hari tersebut.

     

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

MILO…. memang best

Lori MILO sampai 26 April 2017.

Bukan sahaja murid suka minum milo, guru juga suka minum air milo. Tak percaya, lihat gambar di bawah. Semua warga SJK Chung Hien berharap lori Milo akan lebih kerap melawat sekolah pada masa akan datang.

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

MERENTAS DESA

Pada 7 April 2017, pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan merentas desa yang melibatkan murid Pra Sekolah hingga Tahun 6. Terdapat 3 kategori iaitu kategori Pra Sekolah, Tahap 1 (Tahun 1 hingga 3) dan Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Jarak kategori pra sekolah dan Tahap 1 dianggarkan 400 m dan tahap 2 dengan jarak 1 km. Aktiviti merentas desa ini agak mencabar kerana peserta akan menaiki dan menuruni jalan yang berbukit.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

PERTANDINGAN PERKATAAN TERSEMBUNYI

Pada 11 April 2017, pihak sekolah telah menghantar 3 orang murid iaitu adik Lau Yik Ee, Roseline dan Ignatia dalam menyertai Pertandingan Perkataan Tersembunyi bertempat di SJK Wah Man. Masa yang diperuntukan dalam pertandingan ini ialah 1 jam dan murid dikehendaki mencari 30 perkataan dalam satu set silang kata di mana murid perlu menyelesaikan 3 set silang kata.

Sekolah SJK Chung Hien telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat.

  

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment