HARI PELAPORAN PERTENGAHAN SEMESTER 1

Hari Pelaporan Pertengahan Semester 1 bersama ibu bapa telah diadakan pada 17 Mac 2017. Guru kelas dan guru matapelajaran berbincang mengenai perkembangan pelajaran murid bersama ibu bapa.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

TAKLIMAT NILAM

Satu taklimat perlaksanaan NILAM diadakan pada 8 Mac 2017 bertempat di perpustakaan sekolah. Puan Fung Ooi Leng telah memperincikan tindakan yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam merekod maklumat berkaitan NILAM.

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

PERLANCARAN NILAM

Perlancaran NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2017. NILAM merupakan akronim “Nadi Ilmu Amalan Membaca” yang juga merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu. Selaras dengan usaha KPM, pihak sekolah di bawah Guru Penasihat Program NILAM iaitu Puan Fung Ooi Leng telah berusaha memupuk minat membaca di kalangan murid.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

MESYUARAT AGUNG PIBG 2017

Mesyuarat Agung PIBG 2017 telah diadakan pada 22 Februari 2017. Antara agenda yang menarik pada mesyuarat PIBG ini ialah pembentangan kewangan PIBG Tahun 2016, perkara berbangkit, aktiviti sekolah, perancangan kurikulum, Hal Ehwal Murid dan perancangan Ko Kurikulum Tahun 2017.

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Tahun Baru Cina merupakan suatu acara tahunan sekolah yang disambut pada setiap tahun. Objektif utama sambutan ini ialah memperkenalkan perayaan Tahun Baru Cina kepada kaum iban dan Melayu di sekolah. Di samping itu, sambutan ini turut dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara murid, guru, staf dan ibu bapa.

Sambutan yang bermakna ini disambut pada di gelanggang berbumbung sekolah. Penasihat Sekolah En. Ng Mok Seng dan ibu bapa dijemput untuk memeriahkan suasana perayaan Tahun Baru Cina. Pelbagai makanan dan minuman telah disediakan untuk santapan para hadirin. Guru besar dan guru turut memberikan angpow kepada murid-murid. (lihat gambar di bawah untuk melihat kemeriahan….)

 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSS SARAWAK

Adik Lau Yik Ee dari kelas Tahun 6 telah dipilih mewakili daerah Sarikei ke Kejohanan Bola Keranjang MSS Sarawak bertempat di Kuching, Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Lau Yik Ee dan jurulatih bola keranjang sekolah En. Lee Chuen Tien atas usaha gigih melatih murid sehingga berjaya mewakili daerah Sarikei. 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

PELANCARAN JOM KE SEKOLAH

Program “JOM KE SEKOLAH” merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Pada Tanggal 6 Februari 2017, Program “JOM KE SEKOLAH” dilancarkan secara serentak di seluruh negara. Satu peti aduan khas diletakkan di luar perpustakaan sekolah bagi memudahkan murid membuat aduan sekiranya murid tidak berani berjumpa guru kelas mahupun guru besar untuk berbuat sedemikian. Contoh aduan yang boleh dibuat oleh murid ialah kes buli, gaduh dan salahlaku lain.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH SESI 2017

Pada Tahun 2017, seramai 6 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Adik Lau Yik Ee (Tahun 6) dilantik sebagai ketua pengawas sekolah dan dibantu oleh adik Shelina (Tahun 6), Alymanuetalya (Tahun 5), Shelyn (Tahun 5), Jackie Yung dan Lau Yik Kai masing-masing dari Tahun 4. Semoga pengawas sekolah menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

HARI PENETAPAN TARGET 2017

Tarikh 6 Januari 2017 merupakan hari yang bermakna kerana pada julung kalinya murid diberi peluang untuk menetapkan target atau sasaran mereka dalam ujian yang akan datang. Pada awal taklimat penetapan target, taklimat ringkas telah diberikan kepada pada ibu bapa oleh Guru Besar En. Tiong Chai Yii. Guru Besar menggunakan analogi target merupakan sasaran yang digunakan oleh pemburu semasa memburu binatang dan pemburu akan memastikan peluru atau anak panah mengena sasaran dengan tepat. Justeru itu, ibu bapa perlu memantau perkembangan pelajaran anak pada setiap hari. Selain itu, guru kelas masing-masing turut berbincang bersama ibu bapa mengenai sasaran (markah) yang ditetapkan oleh anak mereka. 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment

TAKLIMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017

Pada Tahun 2017, seramai 6 murid telah mendaftar ke kelas Tahun 1. Puan Jong Hui Fei merupakan guru kelas kepada anak murid yang comel ini. Taklimat Program Transisi Tahun 1 telah diadakan pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Januari 2017. Seorang murid iaitu Alyssa tidak hadir pada hari ini kerana tidak sihat. Para Ibu bapa murid Tahun 1 turut dijemput untuk menghadiri taklimat ringkas yang disampaikan oleh Guru Besar Encik Tiong Chai Yii, Penolong Kanan Kurikulum Puan Wong Ling Fung, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Lau Yieng Chuen, Penolong Kanan Ko Kurikulum Puan Law Chin Ping dan Guru Pemulihan sekolah selaku Guru Penyelaras Linus. 

Posted in Aktiviti Sekolah | Leave a comment